doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Pastikan tahap OSH optimum
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Pastikan tahap OSH optimum

Pastikan tahap OSH optimum

 myMetro Online, 28 December 2013

Kuala Lumpur: TH Properties Group menggesa syarikat untuk menjalankan Sistem Penilaian Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan di tapak pembinaan, selain mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) yang optimum.

Pengarah Urusannya, Datuk Roszali Othman berkata, organisasi perlu memberi lebih perhatian terhadap kualiti produk, piawaian dan keperluan, peraturan dan amalan keselamatan, kesihatan pekerjaan serta pemeliharaan alam sekitar.

“Berikutan semakin banyak kes kemalangan di kawasan pembinaan, penekanan perlu diberikan untuk memastikan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam proses pembinaan ditekankan bagi meningkatkan keyakinan terhadap aspek keselamatan di tapak pembinaan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan.

Menurutnya, memandangkan isu Kualiti, Keselamatan, Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (QSHE) di Malaysia menjadi semakin penting, orang ramai bukan saja mahukan kualiti tinggi, malah penyampaian produk yang mapan dan beretika.

Oleh itu, organisasi memerlukan tahap kefahaman yang lebih tinggi terhadap kualiti produk, standard dan keperluan, QSHE, peraturan dan amalan. 

Cetak Emel