doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • Buruh Bangladesh cedera, alang konkrit runtuh - Berita Harian Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • Buruh Bangladesh cedera, alang konkrit runtuh - Berita Harian Online

Buruh Bangladesh cedera, alang konkrit runtuh - Berita Harian Online

Berita Harian Online, 27 Oktober 2017

 

 

IPOH : Seorang buruh warga Bangladesh cedera pada tangan dan kaki dalam kejadian runtuhan alang konkrit rumah yang sedang dibina di kawasan perumahan berdekatan sebuah sekolah antarabangsa di Meru Raya di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa yang dikenali sebagai Rukun berusia 30-an berjaya diselamatkan oleh rakan sekerjanya sebelum dibawa keluar di dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan lanjut. Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Khairul Jamil, berkata Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 1.45 tengah hari.

"Kejadian ini membabitkan seorang mangsa warga Bangladesh yang cedera pada kaki dan tangan sahaja."Runtuhan hanya membabitkan alang konkrit tingkat atas rumah berkenaan dan bukan keseluruhan struktur rumah dua tingkat itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Mohd Khairul berkata, susulan kejadian itu pihaknya menutup sementara kawasan berkenaan bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dilakukan.

Beliau berkata, beberapa agensi termasuk pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri yang datang membuat pemeriksaan kemudian membenarkan kerja-kerja pembersihan kawasan runtuhan dilakukan hari ini dan esok dan kemudian boleh meneruskan kerja tapak selepas mengesahkan kawasan itu selamat. Katanya, operasi pihaknya tamat pada jam 4.18 petang tadi.

Cetak Emel