Penaksiran Risiko Kepada Kesihatan
Penaksiran Risiko Kepada Kesihatan adalah satu bentuk penaksiran yang perlu dijalankan oleh majikan berpunca dari penggunaan, pengendalian, penyimpanan atau pengangkutan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja seperti mana yang dikehendakki di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.
Majikan boleh melantik Pengapit yang berdaftar dengan Jabatan ini untuk menjalankan penaksiran risiko kepada kesihatan di tempat kerja mereka. Kesemua Pengapit perlu menjalankan Penaksiran Risiko Kepada Kesihatan mengikut Manual CHRA Assessment of the Health Risks Arising From Use of Hazardous Chemical in the Workplace (2nd Edition - 2000) yang dikeluarkan oleh Jabatan ini.