Program Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2015
SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN VIDEO PENDEK
SAMBUTAN HARI SEDUNIA BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA 2015
- Pertandingan terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS di Malaysia, semua peringkat pengajian dan mestilah berusia 30 tahun ke bawah.
- Tempoh pertandingan adalah daripada 1 April sehingga 23 April 2015.
- Penyertaan boleh dikemukakan secara individu atau berkumpulan (terhad kepada 4 orang)
- Peserta perlu menghantar video/skrip yang akan dihasilkan bagi menyertai pertandingan ini.
- Konsep / tema bagi pertandingan video pendek adalah ‘ Bersama Membudayakan Pencegahan dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP)’. Terbuka samada konsep lakonan/animasi.
- Karya perlu dihantar dalam bentuk VCD/DVD.
- Penyertaan adalah percuma dan peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) penyertaan.
- Hasil karya mestilah tidak pernah terlibat dalam mana – mana pertandingan filem/video di dalam atau luar negara.
- Penyertaan mestilah asli dan mendapat kebenaran bertulis sekiranya menggunakan mana – mana karya hak milik orang lain. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat tuntutan akibat perlanggaran hakcipta.
- Setiap penyertaan perlu mematuhi spesifikasi berikut:
- merupakan kerja asal / asli produksi
- bukan hasil olahan atau suntingan karya sedia ada
- karya atau mana-mana bahagian dalam karya tidak melanggar sebarang undang – undang dan tidak terhad kepada hak privasi, hak harta intelek, hak cipta, hak moral, cap dagangan, nama perniagaan atau mana-mana pihak ketiga.
- Karya juga haruslah tidak mengandungi unsur – unsur yang menyentuh sensitiviti perkauman, kebudayaan dan keagamaan.
- Penggunaan bahasa yang dibenarkan adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.
- Durasi karya mestilah antara 2 hingga 3 minit.
- Hasil karya hendaklah sesuai untuk diterbit dan dipaparkan dalam segala bentuk media video. Format yang dibanarkan adalah AVI, WMV, MOV, MPEG (MPEG1 dan MPEG2), dan MP4 dengan resolusi tinggi (High Definition).
- Kos penyediaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
- Semua penyertaan akan menjadi hak milik penuh penganjur Pertandingan Video Pendek Sambutan Hari Sedunia KKP 2015 dan pengajur berhak mendaftarkannya sebagai harta intelek dan mengubah suai karya.
- Setiap karya akan dinilai berdasarkan keaslian idea, kreativiti, konsep dan kaitan dengan tema oleh panel penilai yang dilantik oleh pihak penganjur.
- Para pemenang akan dihubungi melalui telefon atau e-mel.
- Keputusan juri adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
- Penyertaan perlulah dihantar dalam bentuk 2 salinan DVD/VCD yang dilabelkan dengan nama, nombor kad pengenalan, no telefon dan alamat e-mel.
- Tarikh akhir penyertaan diterima adalah pada 23 April 2015.
Sila alamatkan penyertaan kepada:
Urusetia Pertandingan Video Pendek Hari Sedunia KKP 2015
JKKP Pahang
Tingkat 2, Wisma Perkeso, Jalan Mat Kilau,
25000 Kuantan, Pahang.
No Telefon : 09-5132906/09-5132834
No Faks: 09-5132923
Untuk Perhatian:
Yusreena Yusuf
(0133833809)
(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Azriman Bin Awang Maharum
(019-9322631)
(Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)